![]() |
| MEOR MOHD ADZIM BIN MOHD AZKHAR |
DM telah bertekad di dalam diri DM ,sekiranya tiada surat tawaran daripada SPA sebelum 30 March 2010.DM akan tetap teruskan perjuangan DM di Tingkatan Enam Atas. Berlalu satu episod demi satu episod ketika DM di Sekolah.Pelbagai suka duka dilalui oleh DM bersama kawan-kawan/sahabat-sahabat yang bersama-sama di Tingkatan Enam.Suatu hari, Penghujung Bulan MARCH 2010,DM menerima surat tawaran yang memberitahu, DM telah dipilih untuk menjadi Pelatih Pembantu Kesihatan Awam oleh Bahagian Pengurusan Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia. Alangkah kelirunya DM pada masa itu,perkara tersebut kemudiannya DM menceritakan kepada Ruhaida Ahmad yang merupakan kekasih hati DM : ) die memberikan kata-kata semangat supaya DM terus memilih kerjaya PKA ini. Hari demi hari DM menanyakan hal ini kepada bos-bos DM,Guru-guru DM,sahaba-sahabat DM ..Dan Akhirnya DM telah mengambil keputusan untuk berhenti daripada tingkatan enam dan terus memilih tawaran tersebut. DM masih ingat,DM sempat bersama-sama rakan-rakan Pra-Universiti yang lain di Kem Intan Suraya Sungai Siput. Masih ingat lagi di ingatan ini mengenai beberapa peristiwa yang menarik disana.
1 Julai 2010, kira-kira jam 6pagi,DM bersama keluarga menaiki kereta abang sulong DM AEQ8588 (Kembara) untuk ke Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh.Pada masa itu DM amat rasa takut dan gentar,sebabnya? DM tidak pernah keluar berjauhan daripada keluarga sejauh itu. DM akan hidup dengan pelbagai jenis masyarakat.DM tiba di perkarangan Kolej pada jam 9.40pagi.DM bergegas ke tempat pendaftaran.Dengan wajah ibu yang gusar melihat DM melangkah ke alam kolej ini. Semasa sesi pendaftaran,DM agak gusar takut-takut ada yang terlupa.Alhamdulillah semuanya selamat.Pada masa yang sama DM bertemu dengan seorang sahabat yyang juga berasal dari Perak.yang bernama Habibullah. Bila ditanya asal mana? Perak..Seronok DM dengar. Selepas itu Dapat Bilik mana? dia cakap E-4-32.. eh sama dengan DM makin tersenyum lebar lah DM sebab dapat rakan senegeri.
Hari pertama hari yang menggembirakan dan hari yang menggusarkan,Jawatankuasa Orientasi (JKO) yang ada sudah sedia untuk memberikan "masalah" kepada kami yang digelar "junior" . Pelbagai tekanan mental dan fizikal telah mereka berikan kepada kami.Namun kami telah lalui dengan jayanya.5 hari Berorientasi.Seperti mimpi ngeri yang telah terhenti.Hari demi hari,mulalah DM selesakan diri dengan suasana kehidupan di Kolej. setelah 2 minggu DM disana,DM dapat berita yang agak meyedihkan.Habib rakan sebilik DM akan berhenti daripada menjadi pelatih PKA disebabkan beliau menerima tawaran bekerja di Majlis Daerah Gerik. Beliau pergi dengan begitu cepat sekali. Selepas itu DM mengajak seorang Manusia bernama Mohd Hussein Fawzi bagi menjadi rakan sebilik DM. Dia pon orang Perak juga. Yang istimewanya kami ini adalah.Setiap Minggu kami akan berada di Ipoh(Petang Jumaat,Sabtu,Ahad)..Kebetulan "sekepala"..memang seronok.Kami pulang ke kampung dengan motorsikal kami masing-masing....
to be continue :D
![]() |
| kenangan di Unit Promosi Kesihatan PKD Kinta |
to be continue :D






















